Bukan senang untuk jatuh cinta, bukan senang untuk melupakan cinta.
Kehadiran mu membuatkan aku terkenang kisah dulu. Bukan kerana masih cintakannya, jauh sekali kerana merindukannya, sekadar terkilan atas apa yang telah kau buat padaku.
Dahan yang telah mati haruslah dipotong, untuk memberi ruang kepada dahan yang baru untuk tumbuh. Dahan yang telah reput, biarlah digantikan dengan dahan yang lebih sihat, agar dapat menyerap makanan yang lebih elok kepada sang pokok. Tapi adakah dahan yang baru itu akan kekal sihat? atau ia juga akan reput dan mati seperti dahan yang lama? hanya tuhan saja yang tahu.
Dia hadir memberikan senyuman, dia hadir membawa sinaran harapan. kenangan lama telah dicantas, dan dibung jauh dri lubuk ingatan. Kenangan baru tercipta diatas kenangan lama yang telah terkubur. Harap matahari akan kekal menyinar, memberi kebahagiaan selamanya.