iklan

Monday 27 June 2011

~kawan

Kawan baik aku si cekodok basi pernah cakap, kawan lebih penting dari awek, betoi ark?
Cmna kalau kawan tu selalu menyusahkan kita,
Camna kalau kawan tu hilang bila kita dalam kesusahan.
Camna kalau kawan kita tu anggap awek lagi penting dari kawan?
Camna kalau kawan kita berperangai huduh macam sampan kertas???


Bagi aku, hilang awek boleh dicari, hilang kawan tiada berganti.
Kawan-kawan aku suma baek punya oo..
Walaupon macam-macam perangai, depa la yang menceriakan hidup aku, sama ada di kampung ataupon di Kampus............

~Post kosong-kosong berisi

Member aku pernah gak tanya aku, min, cmna nak buat HTML, ajaq sat...
Aku ni x pandai sangat bab2 HTML ni,takat basic pengaturcaraan komputer form 4 ada la, bole la takat nak design2 skit2....
HTML ataupon hypertext markup language ni terbahagi kepada 3, tag,behavior,dan attritube.
tag adalah element yg paling penting untuk mereka satu laman web.
<html><head><body>merupakan tag yang penting dalam setiap laman web.
setiap tag perlu ditutup</html></head><body>
behavior adalah penyokong kepada tag, contoh <body bgcolor="black">
black adalah attribute atau nilai kepada behavior bgcolor.


contoh memasukkan element multimedia dalam laman web
<img src="picture1.jpg">
<embed src="lagu.mp3">
<embed src="video1.avi">

contoh scrollong text.
<marquee bgcolor="red"><i>tulisan anda<i/></marquee>

Ni aku bgi skit contoh kat ampa, boleh la dipraktiss dulu, nti aku ajar cmna nak buat form lak,,,

contoh code html lengkap lengkap.
<html>
<head><tittle>my first webpage</tittle></head>
<body bgcolor="black">
<marquee>my><br>first<br>webpage<br></marquee>
</body>
</html>

cara-cara
mula-mula buka notepad, copipes code diatas, tekan file>save....taipkan nama file.html.........pastikan ada .html dibelakang nama fail untuk pastikan dia bertukar jadi web page. kemudian double klik kat fail tadi..

Thursday 9 June 2011

~Cara untuk nampak seperti seorang gangster

Mau jadi gangster?
Anda suka membuli, memoyokan diri, membuat rancak di shopping mall?
Dalam entry kali ni aku akan bagi tips2 kepada ampa semua macammana nak nampak seperti seorang gangster kampung, 

1. Sentiasa memakai spek hitam atau sunglasses bila-bila masa sahaja, baik waktu siang atau malam, waktu berak atau bersenggama, supaya karisma anda sebagai seorang gangster kampung...
2. Pakaian melambangkan peribadi seseorang. Oleh itu, gangster kampung amat lah sesuai memakai seluar koyak untuk melambangkan keganasan dan kepoyoan anda. Koyak dilutut dan dicelah kengkeng amatlah digalakkan.
3. Kasut juga melambangkan keganasan seorang gangster kampung. Pemilihan kasut mesti lah aneh dan setail, menunjukkan bahawa anda seorang yang kepala batu dan tidak kisah apa ang orang kutuk tentang anda.

4. Bling-bling juga memainkan peranan penting untuk menunjukkan bahawa walaupon anda adalah sampah masyarakat gangster kampung, anda masih mampu membeli barang perhiasan yang menyakitkan mata mereka yang melihat.
5. Dressing dah rancak, perangai dah rancak, apa yang kureng sekarang adalah rupa seorang gangster kampung. muka bajet cool sambil menjeling adalah rupa yang selalu dibuat oleh gangster kampung.

Sunday 5 June 2011

~Pembunuhan ngeri

Aku memandang keadaan sekeliling. Suasana agak sunyi walaupon jam telah menunjukkan pukul 5.30, iaitu waktu yang agak sesuai untuk remaja-remaja menjalankan aktiviti riadah seperti main bola, tidur petang, basuh spender, intai jiran sebelah dan sebagainya. Aku menyelinap keluar dari tempat persembunyianku, sambil memasang deria ku. Aku berjalan dengan penuh waspada sambil mataku melilau memerhatikan keadaan sekeliling, takut jika ada musuh-musuhku yang cuba menyelinap dibelakangku.

Suasana terasa agak sunyi, lebih sunyi dari biasa. Aku menambahkan kelajuan berjalanku supaya cepat sampai ke destinasi ku, agar dapat ku sempurnakan misi aku hari ni. Telah beberapa kali aku bertembung dengan pihak musuhku sebelum ini, tapi nasib masih lagi menyebelahi aku, kerana di setiap pertembungan itu, aku berjaya melarikan diri. Tempat persembunyian ku juga sudah beberapa kali hampir ditemui mereka, tetapi ternyatalah mereka masih tidak mampu menandingi kelicikan aku.

Sasaran aku cuma beberapa meter saja dihadapanku, tetapi aku masih lagi berwaspada, takut jika aku terjatuh ke dalam perangkap musuhku. Aku perlahankan langkah ku sambil memerhatikan keadaan sekeliling sekali lagi. Suasana kekal sunyi. Dengan tarikan nafas yang dalam, aku beranikan diri untuk menyelinap ke arah sasaranku. Keadaan berjalan lancar, pihak musuhku tidak menyedari kehadiran aku, cuma beberapa langkah saja lagi sebelum aku berjaya menyelesaikan misi aku kali ini.

Tiba-tiba,,,,,,
"Ha tu dia, aku dah nampak,"
Aku menjadi panik, lalu mengundurkan diri dan mula berlari selaju mungkin.
"Weh, semboq ngn rikset tu,, ha, tang tu, semboq,,"
Arghhhh,, nafasku sesak, langkah aku semakin perlahan, dan akhirnya aku kecundang juga di tangan racun serangga yang haram jadah tu..
"ha, mampoih pon, dah lama dah aku target lipas ni, x penah dapat..hari ni mati jugak.."

Misi gagal

Saturday 4 June 2011

~Kebodohan di jalan raya

haha,, sebenarnya tajuk ni xde kena mengena pon dengan entry aku kali ni, mungkin sebab tadi semasa dalam perjalanan untuk balik ke Kedah, aku dah saksikan beberapa kebodohan pemanduu di highway, menunjukkan kebangangan mereka untuk dilihat orang, kemudian buat muka bangga macam baru lepas makan nasi.

ok, minggu pertama semester ke-3 ni boleh dikatakan yang amat rilek, minggu perkenalan la katakan..
so, kawan aku ada perkenallkan kat aku benda alah ni.. cara dia simple, kita post iklan diorang kat facebook ataupon twitter kita, then bila org klik, kita akan dapat habuan sebanyak RM0.20-RM0.40...aku rasa benda ni lebih kurang macam churpchurp gak la,..

cmna nak join???
ok, mula-mula ampa klik >>Sini<<
pastu isi la apa-apa yang patut,
tekan sign in to facebook untuk connect dengan facebook korang

pilih network

ok,, lepas dh settle semua,, boleh la star mengepost iklan kat muka buku ampa semua,,
cara dia camni,,

tekan button share this, .....senang kan,,,

kalo ampa nak org klik iklan ampa, ampa kena la klik iklan org jugak kan,
baru fair,
so cuba ampa tolong klik link kat bawah ni,,

>>untuk peminat teh
>>peminat smart phone
>>peminat burung garang

haha,, ampa tolong aku,, nanti aku tolong ampa lak..

Wednesday 1 June 2011

~Selamat Datang ke Merbok...

Dem,, lama gila ah aku  update belogg aku nih,..
terlalu sibuk sampai terlupa aku ada belogg,,haha

memandangkan semester baru telah bermula,,dan aku terpaksa menyewa rumah kerana pihak kolej kediaman telah memutuskan aku terlalu hebat untuk kolej(macam haram)..
sekarang ni aku dah la hutang keliling pinggang,, member yang macam haram baik lak dok mai nak pinjam duit la, pinjam moto la,,

nah amik p semua kat hang, aku takpa,, duit takdak moto takdak pon boleh hidup...
(Emo sat)

aish,,jadual lak pack macam haram, sem ni aku terpaksa repeat dua paper(bangang punya pasai),
maka jadual aku adalah terlalu pack macam perut aku(bukan six pack dowh, perut buncit suda...)

apa boleh buat, nasib badan....

keja tido dalam kelas, camna nak lulus exam,,ptuihhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan