Suasana terasa agak sunyi, lebih sunyi dari biasa. Aku menambahkan kelajuan berjalanku supaya cepat sampai ke destinasi ku, agar dapat ku sempurnakan misi aku hari ni. Telah beberapa kali aku bertembung dengan pihak musuhku sebelum ini, tapi nasib masih lagi menyebelahi aku, kerana di setiap pertembungan itu, aku berjaya melarikan diri. Tempat persembunyian ku juga sudah beberapa kali hampir ditemui mereka, tetapi ternyatalah mereka masih tidak mampu menandingi kelicikan aku.
Sasaran aku cuma beberapa meter saja dihadapanku, tetapi aku masih lagi berwaspada, takut jika aku terjatuh ke dalam perangkap musuhku. Aku perlahankan langkah ku sambil memerhatikan keadaan sekeliling sekali lagi. Suasana kekal sunyi. Dengan tarikan nafas yang dalam, aku beranikan diri untuk menyelinap ke arah sasaranku. Keadaan berjalan lancar, pihak musuhku tidak menyedari kehadiran aku, cuma beberapa langkah saja lagi sebelum aku berjaya menyelesaikan misi aku kali ini.
Tiba-tiba,,,,,,
"Ha tu dia, aku dah nampak,"
Aku menjadi panik, lalu mengundurkan diri dan mula berlari selaju mungkin.
"Weh, semboq ngn rikset tu,, ha, tang tu, semboq,,"
Arghhhh,, nafasku sesak, langkah aku semakin perlahan, dan akhirnya aku kecundang juga di tangan racun serangga yang haram jadah tu..
"ha, mampoih pon, dah lama dah aku target lipas ni, x penah dapat..hari ni mati jugak.."
Misi gagal
3 comments:
pe sal lak ngn lipas tu?? ko wat cm ko tu lipas tu ke?? haha XD
aku dapat baca isi hati dia time dia nak mati tuh..
hahahahahaha~
hg mmg lawak r min
Post a Comment