iklan

Saturday 30 July 2011

~Pendek yang panjang

Bila aku post entry yang panjang-panjang, aku taw, ramai yang malas nak baca, kan2..
Aku pon sama, malas nak baca post panjang-panjang ni, bukan apa, kadang-kadang post yang panjang-panjang ni, merapu aja lebih, penat baca aja.

So sekarang ni, aku nak pastikan post aku pendek, tapi berisi. Macam sup bunjut, kecik, tapi bahan-bahan semua cukup. Macam Maggi cukup rasa, satu sudu untuk keenakan yang cukup rasa.

Friday 29 July 2011

~Sampan yang karam

Hidup mestilah dilalui dengan penuh bermakna,.
Jangan lah jadi seperti sampan kertas yang akan karam bila terkena air.
Jangan lah jadi seperti katak dibawah plastik, yang tahu tentang dunia uar, tetapi takut untuk keluar dari plastiknya.
Jangan lah jadi seperti motor Double R, tapi duit minyak pinjam kat kawan.

Thursday 28 July 2011

~Tips mengelak didera(kepada perempuan shj)

Aku terbaca Tajuk ni dalam buku teks B.Inggeris time blaja tadi, teringin lak nak bagi tips, lama x bagi tips.
So kepada isteri-isteri yang didera diluar sana, bacalah ye..

1. Beli Pistol. Mesti si suami ketaq pala lutut..

2.Belajar ilmu mempertahankan diri tidak berguna. Kalau anda dipukul suami, tendang je ke arah kemaluan beliau, komfem ngaku kalah.

3.Penderaan mental atau psikologi adalah berlainan dengan penderaan fizikal. Ia memerlukan kecekalan yang agak kuat. Bertapa dibawah air  terjun kala bulan mengambang untuk mengeringkan hati anda agar tahan dengan kutukan dan caci maki.

4. Penderaan seksual. Cara yang digalakkan untuk penderaan jenis ini adalah berhenti memakai mekap serta deodoran, dan lakukan lompat katak setiap malam sebelum tidur untuk membasahkan badan dengan peluh, terutama di bahagian ketiak. Memang suami anda takkan berselera nak melakukan penderaan seksual lagi.

Tuesday 26 July 2011

~Kentut

Mengapakah orang selalu marah kalau kita kentut?
Mereka tak pernah kentut kah?
Apakah mereka tidak tahu nikmat kentut?
Perasaan syahdu bila dapat melepaskan angin?
Perasaan seperti baru lepas kentut yang mengasyikkan sesiapa sahaja.

Semua benda ada kebaikan dan keburukkan.
Kentut cuma menunjukkan keburukannya kepada manusia, tapi kebaikan disembunyikan, tidak diheboh kepada semua.
Oh mulianya kentut.

Monday 25 July 2011

~Perangai pelik manusia

Aku perasan kebelakangan ni, makin berleluasa gejala kutuk mengutuk dan maki-memaki.

Apasal la nak kena panas baran sangat.

Rilek-rilek sudah.

Apasal nak kena marah pasal benda-benda kecik?

Kalau nak naik angin, naik angin la kat Rebecca Black ke, gejala pembuangan bayi ke, baru sesuai.ma.

Contohnya orang marah-marah Malaysia kalah dengan singapura arituh, panas dalam katanya.
Buang masa der, marah pon buang masa ja, dah kalah, kena terima aja lah, Round 2 menanti..

Kesimpulannya, Ushar lah blog dia nih...
"hensem" sial mamat ni


Sunday 24 July 2011

~Buai laju-laju.

Si Arip merupakan seorang housemate aku yang agak pandai bermain kata-kata.
jom terjah blog beliau.

~Love change everything

Cinta dapat mengubah segalanya.
Betol kah ungkapan ini??
Big bro kesayangan kami yang berhati kering berjiwa coding akhirnya telah tumpas juga ditangan sang perempuan..haha..Suda angau ma...
aduh,,nak pegi kedai sempat lagi ber sms ma...haish....

~Pengunjung bertuah

Salam...
Follower aku skang dah mencapai jumlah 100...............
Pengikut nombor 100 yang bertuah adalah cik Suza....tahniah2.....Anda telah memenangi hadiah percutian ke langkawi yang ditaja oleh diri anda sendiri.


thanks bebanyak sebab sudi follow blog saya ye wahai cik Suza

Wednesday 13 July 2011

~Tip kurangkan stress

Dalam entry kali ni, aku nak bg tips-tips kepada semua mahasiswa, serta Pelajar-Pelajar Tahun 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 


1. Kurangkan Stress dengan aktiviti beriadah...Contoh macam bersukan ke..Apa-apa sukan pon boleh, contoh main bola ke, joging ke, tuju-tuju kasut ke, ataupon sukan cyber(maen game).


2. Makan. Tips ni aku xtau la berkesan ke x, tapi bagi aku, cara ni memang berkesan, bila aku stress, aku makan, tapi x gemuk-gemuk jugak aku ni.(kecewa).


3.Ber facebuk atau berblogging dapat kurangkan tahap stress anda. Cara ni memang diakui berkesan. x caya tanya ja sapa-sapa yang ada facebuk atau blog.


4.Setiap kali aku stress, aku merokok, tapi cara ni x digalakkan sangat sebab merokok membahayakan kesihatan, so tips ke-4 ni memang x boleh pakai.


5.Sembahyang. Bangun malam-malam, buat solat tahajud dan solat hajat, insyaallah akan hilang stress tu. Amin.


6. Baca blog akustressgiler,,confirm hilang stress tu.(ambik hati).












Kontest STRESS (10 Julai – 15 Ogos 2011) anjuran Blog AkuStressGilerdan ditaja oleh blog gnetdaniel , gobblogz2dayblogger dan azrijohan

Thursday 7 July 2011

~BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?

Hari ni Abg Ben buat segmen, dengan gatal tangan terasa nak dikritik, aku pon join la segmen abang Ben yang diberi nama Bro, kasi kritik blog gua skit boleh??  Untuk maklumat lebih lanjut pasal segmen ni, klik gambar abg Ben kat atas tu....

Aku blogger baru, so kritikan ampa boleh membantu aku memajukan diri aku dan blog aku, so kritik lah dengan hati yang jujur ye kawan-kawan.

~kenapa Berblogging

Kenapa aku berblogging??
Sebelum aku mula berblogging ni, aku pernah tanya kat kawan-kawan aku yang rajin berblogging, Best tak ber blogging? Apa yang best nya berblogging?


Ada cakap best, ada cakap blogging dapat tolong melegakan stress, blogging lagi best kalau ramai yang baca apa yang kita tulis, best bila dapat duit nuffnang bla bla bla.....................

Aku start berblogging ni dari Februari 2011, sampai la sekarang. Nak kata aktif tu, x la aktif mana pon, takat seminggu dua tiga post...

Ada orang cakap, blogging susah, kenapa susah? Apa yang susah nya?
Part paling susah dalam bidang berblogging ni adalah mendapatkan pembaca. Puas aku berblog walking, tapi blog aku tetap tak ramai pembaca. Mula-mula aku frust jugak, tapi sekarang aku rasa, tak payah la nak paksa orang suka benda yang kita tulis, sebab tujuan kita beblogging ni adalah untuk meluahkan pendapat dan isi hati kita masing-masing.takkan kita nak paksa orang suka apa yang kita tulis kan?

Wednesday 6 July 2011

~Segmen:Saya Blogger Asal

First time aku join segmen blogger ni, rasa cambes ja,, banyak member-meber blogger aku yang join menatang ni, aku pon rasa cam nak join jgk lah,..

klik banner untuk join

Aku diberanakkan di Pulau Pinang, dibesarkan di Pulau Pinang,,


Untuk maklumat lanjut pasai segmen ni, klik la kat gambar atas tu,...

Tuesday 5 July 2011

~Aku dah ada fan page

Setelah bersusah payah nya, aku dah berjaya menyiapkan fan page untuk blog aku kat Facebook.....
haha, cuba la view tengok, >Klik sini<.....

kepada sesapa yang tak taw apa tu facebook, sila ketok kepala anda dengan hammer..

~Lucah kah aku?



Rasa-rasa kan, kalau aku buat camtu, follower aku boleh ramai x?
haha...
Blog aku clean ok, kalau rasa nak tengok gambar lucah, pi search kat google, melambak-lambak lagi gambar lucah,

nak upkan follower? tulis la benda yang berkualiti sikit, xyah la nak letak benda-benda camni semata-mata untuk publisiti murahan.buang masa dan tenaga ja weh.
bagi aku traffic tak penting, yang penting kepuasan berblogging. Benda yang aku tulis kat blog aku sekadar luahan hati aku, x kisah la orang nak baca ke tak, yang penting aku puas....

~post yang serius.

Sekarang ni musim mengawan kah? Bukak je Facebook, ramai kawan aku yang menukar status dari single ke in a relationship. Ramai pulak yang membuat status jiwang-jiwang. Ramai pulak yang mengomen pasal perhimpunan bersih(eh, ada kena mengena ke?).

Contohnya, kawan baik aku si Gadis yang tengah asyik dilamun cinta, semoga bahagia kawan, aku sokong hang, hahaha....

Bagi aku, cinta tu sesuatu yang agak manis, kerananya bila kita dilamun cinta, semuanya menjadi seronok, kita terasa bahagia, tapi, hati-hati kerana setiap benda ada kebaikan dan keburukkan nya. Bila perasaan cemburu menguasai hati, segalanya berubah menjadi duri.

Tok aku kata, bunga yang elok, banyak lebah yang hurung, bila ada ribut, bunga akan patah, bila dipetik, bunga akan mati?????
time aku kecik2 dulu, aku x pernah paham apa yang tok aku cakap, tapi sekarang aku dah paham, dan aku dah pernah merasa bunga yang dihurung banyak lebah tu....

Baru-baru ni aku tanya tok aku, macam mana xmau bagi lebah hurung bunga kita?
tok aku cakap, jangan petik bunga tu untuk disimpan, sebab dia akan mati, tapi kita kenalah sentiasa jaga bunga tu, jangan diabaikan.
Aku rasa-rasa, apa yang tok aku cuba nak sampaikan adalah, kalau kita ada seseorang yang kita sayangi, jangan lah kita terlalu mengongkong sehingga "bunga" itu mati, tetapi kita berilah perhatian kita kepada orang yang kita sayang, sentiasalah menyokong keputusannya, sentiasa ada bersamanya ketika dia dalam kesusahan, dan buatlah segalanya dengan ikhlas, bukan dengan niat nak menunjukkan keindahan bunga kita tu dekat kawan-kawan.


Macammana pulak kalau bunga tu dah mati?
Mula-mula kita mesti la patah hati, yela, bunga tu kita jaga dari biji benih kot, tengok-tengok mati macam tu ja, adoi, takmau tanam bunga dah la lepas ni..
Rilek la bro, jangan putus asa, hidup mesti diteruskan,(ayat yang biasa kita dengar)
Bagi aku, aku takkan melupakan bunga yang dah mati tu, sebalik nya, aku gunakan bekas bunga tu jugak untuk tanam bunga yang baru, tapi kali ni aku akan jaga dengan lebih elok lagi.



Kawan aku cakap, min, apa cita pasal pompuan ni, buat jiwang boleh...
haha, aku bukan cita pasal pompuan bro, tapi aku cita pasal cinta.
Cinta macam bunga, bila bunga tu mekar harum, kita terasa bangga, tapi bila bunga mati, hati rasa kecewa..

Walaupun kita cuba dengan susah payah untuk melupakan cinta, cinta itu tetap ada dalam hati, cuma menunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan dirinya semula.........

~post kosong-kosong berisi part 2

Dalam entry yang lepas, aku dah ajar basic-basic HTML, dalam post kali ni aku nak ajar code HTML yang agak advance dari post yang lepas, iaitu marquee ataupon scrolling text/image,
contoh:


Welcome to My blog


Selain daripada tulisan, korang juga boleh letakkan gambar,
contoh:


ok, cara nya mudah,
mula-mula ampa kena guna kan html tag <marquee>...</marquee>
Untuk text, ampa just tulis ja tulisan yang nak discrollkan tu di antara tag tu,
contoh:
<marquee>Welcome to my blog</marquee>

untuk gambar pulak, mula-mula ampa kena upload kan gambar tu untuk mendapatkan URL.
Untuk sapa-sapa yang xtaw apa tu URL, sila google.
Cara yang senang untuk mendapatkan URL gambar adalah facebook. Ampa just right clik pada gambar yang diingini, dan klik copy image URL. lepas tu gunakan tag <img src:"image URL"> untuk memasukkan gambar ampa.
contoh:
<marquee><img src:"http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270879_228740673815884_100000398595372_694207_1656996_n.jpg"></marquee>

senang kan......


sekian untuk kali ni, caw..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan