iklan

Sunday, 11 September 2011

~Bila kemalasan melanda

Peh,,kemalasan yang agak melampau telah melanda diri aku.
Rasa cam nak baring sepanjang hari ja atas tilam ni.
Nak post entry baru, tapi nak taip pon rasa mlas aja.
Ada ubat kasi hilang malas tak?

Saturday, 10 September 2011

~Study mood on

Saat yang dinantikan telah tiba akhirnya, debaran kian memuncak, setiap saat terasa sungguh lama, debaran yang serupa seperti menunggu ketibaan hari raya, menunggu mesej dari awek, menunggu roti canai di kedai mamak.

Setiap kali musim exam, perpustakaan akan penuh dengn manusia, pen dan test pad laris dijual di koperasi seperti menjual pisang panas,.

Semoga berjaya kawan-kawan ku,,semoga kita sama-sama lulus semester ni,.

Saturday, 20 August 2011

~sekadar luahan hati


Bukan senang untuk jatuh cinta, bukan senang untuk melupakan cinta.
Kehadiran mu membuatkan aku terkenang kisah dulu. Bukan kerana masih cintakannya, jauh sekali kerana merindukannya, sekadar terkilan atas apa yang telah kau buat padaku.
Dahan yang telah mati haruslah dipotong, untuk memberi ruang kepada dahan yang baru untuk tumbuh. Dahan yang telah reput, biarlah digantikan dengan dahan yang lebih sihat, agar dapat menyerap makanan yang lebih elok kepada sang pokok. Tapi adakah dahan yang baru itu akan kekal sihat? atau ia juga akan reput dan mati seperti dahan yang lama? hanya tuhan saja yang tahu.

Dia hadir memberikan senyuman, dia hadir membawa sinaran harapan. kenangan lama telah dicantas, dan dibung jauh dri lubuk ingatan. Kenangan baru tercipta diatas kenangan lama yang telah terkubur. Harap matahari akan kekal menyinar, memberi kebahagiaan selamanya.

~lelaki yang bukan lelaki

Ni Lelaki

Ni separuh lelaki


Ni segelintir lelaki
sepenuhnya bukan lelaki
1. Lelaki sebenar tidak membuat muka chumil/minta penampo bila bergambar. Geli....
2. Lelaki tidak menari dengan gaya nak meminta penendang.

Sunday, 14 August 2011

~Gelak ketawa

Bulan puasa ni x baek kita bercakap banyak, tajut mengurangkan pahala posa kita yang tak seberapa ni, so, layan gambar je la,,





Sunday, 7 August 2011

~Kebaikan travel waktu pagi

Kenapa aku suka travel waktu pepagi buta.

Pagi=orang tido=belom bangun=cuaca sejuk=kereta kurang=jalan tak sesak=udara tak tercemar=hati lebih tenang=sihat tubuh badan=hidup lebih lama=Bahagia....

Siang=waktu orang pergi kerja=jalan jem=traffic bnyk=udara tercemar=hati tensyen=bengang=marah=cepat tua=badan berpenyakit=mati cepat=anak-anak bergaduh berebut harta=perang=ramai orang mati=dunia sengsara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan