iklan

Tuesday, 26 June 2012

~Bila dibelenggu masalah

Cara paling simple untuk kita melupakan masalah kita yang bertimbun-timbun tu.
Bancuh milo secawan, minum, kemudian tido,,..
Tak perlu menyerabutkan kepala dengan masalah yang ada, enjoy your life.

Monday, 11 June 2012

Cita-Cita ku

Impian hidup setiap org berlainan...bagi aku impian aku adalah untuk hidup senang..
Bukan senang berduit banyak, aku tak kesah duit aku banyak ke sikit, tapi yang penting hidup aku senang, relax, tak dibelenggu masalah.

Monday, 26 September 2011

~Erti cinta yang sebenar...

Mysterious voices:How do you die?
Man:I jump in front of a car to save someone.
Mysterious voice:Why do you do that? Aren't you afraid of death.
Man:Yes, But i do it to save my loved one.
Mysterious voice:Your loved one must be sad cause you die.
Man:Not really, the one i save is the love of her life.

Moral:If you love someone, let her go. If she/he comes back to you, then she/he is yours. If not, you are not destined together.

~Perbezaan pengguna facebook lelaki dan perempuan

Status update laki dan perempuan

To be continue.....Hehehe

Sunday, 11 September 2011

~kenapa lelaki suka cuci mata

Erk,,camtu lak?
Soalan rambang yang ditanya oleh kawan aku, wajib jawab.

Antara sebab utama aku rasa kenapa lelaki suka cuci mata, mungkin sebab, tuhan dah memang jadikan lelaki akan tertarik kepada wanita, so memang sifat semulajadi la mata sang lelaki ni akan meliar ke sana sini untuk melihat keindahan ciptaan tuhan(huh???). So kepada kawan-kawan perempuan aku yang ada balak/pakwe/bf/ atau apa saja panggilan anda untuk teman lelaki anda, anda patut risau jika balak/pakwe/bf anda tidak mencuci mata kerana besar kemungkinan dia gay(erk????).haha,lawak aja.

Aku mengaku aku pon ada cuci mata jugak, tambah-tambah bila ada perempuan yang pakaian nya seksi yang amat. Memang aku akan pandang atas bawah. Bukan pandangan nafsu, tapi pandangan kesian. Dalam otak aku nanti fikir, kalau aku ada anak pompuan, apa perasaan aku kalau anak pompuan aku pakai seksi macam ni? Apa sebab pompuan ni pakai seksi macamni? Nak tarik perhatian kah? Atau saja nak menayang bahawa benih bapak dia benih baik punya(erk??).


~Bila kemalasan melanda

Peh,,kemalasan yang agak melampau telah melanda diri aku.
Rasa cam nak baring sepanjang hari ja atas tilam ni.
Nak post entry baru, tapi nak taip pon rasa mlas aja.
Ada ubat kasi hilang malas tak?

Saturday, 10 September 2011

~Study mood on

Saat yang dinantikan telah tiba akhirnya, debaran kian memuncak, setiap saat terasa sungguh lama, debaran yang serupa seperti menunggu ketibaan hari raya, menunggu mesej dari awek, menunggu roti canai di kedai mamak.

Setiap kali musim exam, perpustakaan akan penuh dengn manusia, pen dan test pad laris dijual di koperasi seperti menjual pisang panas,.

Semoga berjaya kawan-kawan ku,,semoga kita sama-sama lulus semester ni,.

Saturday, 20 August 2011

~sekadar luahan hati


Bukan senang untuk jatuh cinta, bukan senang untuk melupakan cinta.
Kehadiran mu membuatkan aku terkenang kisah dulu. Bukan kerana masih cintakannya, jauh sekali kerana merindukannya, sekadar terkilan atas apa yang telah kau buat padaku.
Dahan yang telah mati haruslah dipotong, untuk memberi ruang kepada dahan yang baru untuk tumbuh. Dahan yang telah reput, biarlah digantikan dengan dahan yang lebih sihat, agar dapat menyerap makanan yang lebih elok kepada sang pokok. Tapi adakah dahan yang baru itu akan kekal sihat? atau ia juga akan reput dan mati seperti dahan yang lama? hanya tuhan saja yang tahu.

Dia hadir memberikan senyuman, dia hadir membawa sinaran harapan. kenangan lama telah dicantas, dan dibung jauh dri lubuk ingatan. Kenangan baru tercipta diatas kenangan lama yang telah terkubur. Harap matahari akan kekal menyinar, memberi kebahagiaan selamanya.

~lelaki yang bukan lelaki

Ni Lelaki

Ni separuh lelaki


Ni segelintir lelaki
sepenuhnya bukan lelaki
1. Lelaki sebenar tidak membuat muka chumil/minta penampo bila bergambar. Geli....
2. Lelaki tidak menari dengan gaya nak meminta penendang.

Sunday, 14 August 2011

~Gelak ketawa

Bulan puasa ni x baek kita bercakap banyak, tajut mengurangkan pahala posa kita yang tak seberapa ni, so, layan gambar je la,,





Sunday, 7 August 2011

~Kebaikan travel waktu pagi

Kenapa aku suka travel waktu pepagi buta.

Pagi=orang tido=belom bangun=cuaca sejuk=kereta kurang=jalan tak sesak=udara tak tercemar=hati lebih tenang=sihat tubuh badan=hidup lebih lama=Bahagia....

Siang=waktu orang pergi kerja=jalan jem=traffic bnyk=udara tercemar=hati tensyen=bengang=marah=cepat tua=badan berpenyakit=mati cepat=anak-anak bergaduh berebut harta=perang=ramai orang mati=dunia sengsara

Saturday, 30 July 2011

~Pendek yang panjang

Bila aku post entry yang panjang-panjang, aku taw, ramai yang malas nak baca, kan2..
Aku pon sama, malas nak baca post panjang-panjang ni, bukan apa, kadang-kadang post yang panjang-panjang ni, merapu aja lebih, penat baca aja.

So sekarang ni, aku nak pastikan post aku pendek, tapi berisi. Macam sup bunjut, kecik, tapi bahan-bahan semua cukup. Macam Maggi cukup rasa, satu sudu untuk keenakan yang cukup rasa.

Friday, 29 July 2011

~Sampan yang karam

Hidup mestilah dilalui dengan penuh bermakna,.
Jangan lah jadi seperti sampan kertas yang akan karam bila terkena air.
Jangan lah jadi seperti katak dibawah plastik, yang tahu tentang dunia uar, tetapi takut untuk keluar dari plastiknya.
Jangan lah jadi seperti motor Double R, tapi duit minyak pinjam kat kawan.

Thursday, 28 July 2011

~Tips mengelak didera(kepada perempuan shj)

Aku terbaca Tajuk ni dalam buku teks B.Inggeris time blaja tadi, teringin lak nak bagi tips, lama x bagi tips.
So kepada isteri-isteri yang didera diluar sana, bacalah ye..

1. Beli Pistol. Mesti si suami ketaq pala lutut..

2.Belajar ilmu mempertahankan diri tidak berguna. Kalau anda dipukul suami, tendang je ke arah kemaluan beliau, komfem ngaku kalah.

3.Penderaan mental atau psikologi adalah berlainan dengan penderaan fizikal. Ia memerlukan kecekalan yang agak kuat. Bertapa dibawah air  terjun kala bulan mengambang untuk mengeringkan hati anda agar tahan dengan kutukan dan caci maki.

4. Penderaan seksual. Cara yang digalakkan untuk penderaan jenis ini adalah berhenti memakai mekap serta deodoran, dan lakukan lompat katak setiap malam sebelum tidur untuk membasahkan badan dengan peluh, terutama di bahagian ketiak. Memang suami anda takkan berselera nak melakukan penderaan seksual lagi.

Tuesday, 26 July 2011

~Kentut

Mengapakah orang selalu marah kalau kita kentut?
Mereka tak pernah kentut kah?
Apakah mereka tidak tahu nikmat kentut?
Perasaan syahdu bila dapat melepaskan angin?
Perasaan seperti baru lepas kentut yang mengasyikkan sesiapa sahaja.

Semua benda ada kebaikan dan keburukkan.
Kentut cuma menunjukkan keburukannya kepada manusia, tapi kebaikan disembunyikan, tidak diheboh kepada semua.
Oh mulianya kentut.

Monday, 25 July 2011

~Perangai pelik manusia

Aku perasan kebelakangan ni, makin berleluasa gejala kutuk mengutuk dan maki-memaki.

Apasal la nak kena panas baran sangat.

Rilek-rilek sudah.

Apasal nak kena marah pasal benda-benda kecik?

Kalau nak naik angin, naik angin la kat Rebecca Black ke, gejala pembuangan bayi ke, baru sesuai.ma.

Contohnya orang marah-marah Malaysia kalah dengan singapura arituh, panas dalam katanya.
Buang masa der, marah pon buang masa ja, dah kalah, kena terima aja lah, Round 2 menanti..

Kesimpulannya, Ushar lah blog dia nih...
"hensem" sial mamat ni


Sunday, 24 July 2011

~Buai laju-laju.

Si Arip merupakan seorang housemate aku yang agak pandai bermain kata-kata.
jom terjah blog beliau.

~Love change everything

Cinta dapat mengubah segalanya.
Betol kah ungkapan ini??
Big bro kesayangan kami yang berhati kering berjiwa coding akhirnya telah tumpas juga ditangan sang perempuan..haha..Suda angau ma...
aduh,,nak pegi kedai sempat lagi ber sms ma...haish....

~Pengunjung bertuah

Salam...
Follower aku skang dah mencapai jumlah 100...............
Pengikut nombor 100 yang bertuah adalah cik Suza....tahniah2.....Anda telah memenangi hadiah percutian ke langkawi yang ditaja oleh diri anda sendiri.


thanks bebanyak sebab sudi follow blog saya ye wahai cik Suza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan