iklan

Saturday, 26 March 2011

~cara-cara menyakitkan hati mak bapak

~follow je pergi mana-mana pon, toilet ke,dapur ke, bilik ke, siram pokok ke, umah sebelah ke, mana-mana je sampai deorang tensyen..

~bila deorang panggil nama korang, jawab dengan suara lembut kalau anda laki, suara garau kalau anda pompuan.

~perabeh kan semua makanan yang ada dalam peti ais, samada yang dah dimasak atau mentah.

~berseluar dalam saja ketika berada dalam rumah.

~lompat dari atas sofa, sambil nyanyi lagu "i believe i can fly"

~pegang tangan deorang, kemudian bisik, "i see dead people."

~memekak pukul 4 pagi, kalau ada speaker besar tu, digalakkan pasang lagu kuat2.

~bila deorang tengah bercakap, tempik "penipu"

~baring depan pintu rumah.

~berebut remote astro dengan adik-adik.

~tulis atas sticky pad "saya sayang mak" banyak2, lekat keliling rumah





p/s: sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih bernyawa..

Monday, 21 March 2011

~hadiah birthday terbaik.....

wah...dah lama aku tak update blog aku..rindu pulak nak berblogging ni....
sambil lepak-lepak dalam bilik sambil  dengar lagu black eye peas-where is the love,,aku rasa cam nak tulis la pasal apa yang dh jadi dalam kelas petang tadi....

19/2  yang lepas, adalah harijadi aku.....haha,,tak sanglka aku dah masuk 19 tahun,,,apa yang aku dh accomplish selama 19 tahun ni, aku pon tak tau la, main ja banyak,,

so,,time aku tengah main game handphone fokus belajar algebra dalam kelas td , class mate aku yang bernama Fatiha bagi hadiah kat akubersempena ngn harilahir aku..........

jeng jeng jeng.............
suria sebatang.....


akhirnya..........
 hahahahahaha..........ada nada perli disebalik pemberian tu....anyway, thanks Fatiha sebab ingat birthday aku......appreciate it....




p/s: dah berapa hari aku tak makan nasi ni,, asyik roti ngn meggi ja.....










Monday, 14 March 2011

~bila dunia mengganas

Tengah lepak depan sofa, milo secawan, keropok ikan sepeket.,,,aku bukak tv dengan riang untuk tengok berita, mana taw kot-kot ada berita pasal dr rozmi ke, pasal sapa yang jadi pengetua af ke..
tiba-tiba tajuk berita tulis "Gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher melanda jepun..".

aku yang tengah gelak kat adik aku yang nangis sebab aku curi botol susu dia, terus diam, dan kusyuk dengar tentang berita tu...

"Gempa bumi terbesar pernah melanda Jepun berukuran 8.9 pada skala Richter semalam menyebabkan berlaku tsunami yang memusnahkan kawasan pantai di timur laut negara itu.
Ombak tsunami setinggi 10 meter itu setakat ini dilaporkan mengorbankan beratus-ratus orang dan menghanyutkan apa sahaja di laluannya termasuk rumah, kapal dan kereta. 
Palang Merah di Geneva berkata, ombak tsunami itu lebih tinggi daripada sesetengah kepulauan di Lautan Pasifik. - Reuters"


wa,,,,,ternganga...tiba-tiba aku terkenang nasib orang-orang jepun lepas ni, ada yang terpisah dari orang tersayang, rumah hancur, tambah-tambah berlaku lak letupan kat loji nuklear,....aku rasa kesian kat jepun, dulu time tsunami kat aceh, aku tak rasa kesian pon, tapi ntah la, dah jadi kat jepun aku rasa kesian lak,,mungkin sebab jepun antara negara kegemaran aku kot???

inilah salah satu cara dunia nak menunjukkan kepada kita, walau maju mana pon manusia, walau sebesar mana pon manusia, kita tak dapat nak menandingi kuasa tuhan pencipta alam..

Sunday, 13 March 2011

~kemaruahan

~situasi 1


jantan:lalink, lalink sayang abang tak?
betina:abang, walaupun kita baru kenal 4 hari, lalink rasa lalink dah jatuh cinta kat abang la...
jantan:betul ke lalink? mana buktinya,,
betina:erm, nak buktikan camna?
jantan:jom!@#$%
betina:lalink malu la abang..
jantan:takyah la malu nye, kan nanti kita nak kawin jugak
betina:jom...
jantan:yes...muahahahahahahahahahahaha










~situasi 2


awek 1:beb, malam ni jom arh pegi kelab !@##
awek 2:aduh malas laer, bapak aku mesti tak kasi arh
awek 1:ala beb, kencing la, gtaw nak mai tidor umah aku...
awek 2:orait,,..
awek 1:party tonight, haha,, malam ni mesti ko mabuk sampai tak ingat nama bapak ko dah,.....






~situasi 3
mat motor:(tengah melepak)peeeeeewiiitttttttttttt......milah, aku belanja burger, ko tidor ngan aku, nak?
minah:burger special aaaa.....baby burger tak nak...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
situasi di atas ni lah situasi yang sering berlaku dikalangan remaja zaman sekarang........
aku tak paham betui la apa cer ngan pmpuan zaman sekarang nih,,,,muka elok, tapi murah, buat apa..


kawan aku cakap, pada pmpuan tu ada nafsu lelaki, takdak pmpuan, laki pon takdak lah nafsu...


hummm........


cuba pikir-pikir...........kalau laki tu pujuk, merayu sampai melutut, menungging pon, kalau perempua tu jual mahal takkan la laki tuh nak paksa kan,,..kalau pompuan tak merayau sorang-sorang malam-malam, takde lah nak kena rogol kan...........


roomate aku kata, cerita aku kat atas tuh menipu ja, mana ada pompuan senang-senag nak bagi tubuh badan kat laki camtuh,, 
disini aku nak habaq mai, cerita aku kat atas tu cerita betul yang telah berlaku, dan pengalaman tuh dah diceritakan kat aku,.,.,.sapa dia takleh nak habaq lah..........









Wednesday, 9 March 2011

~~time wasting.....

~ok....first korang bukak google, taip kat search box tu "whos the cutest"...
 lepas tu korang tekan button i'm feeling lucky...


~try bukak google translate, type "will justin bieber ever reach puberty"...
translate ke vietnamese, copy perkataan vietnam tu, translate balik ke english...

selamat mencuba....


sementara korang menunggu page loading sebab internet konektion yang lembab,,layan poem dibawah ni dulu...


roses are red,
violets are blue,
did you actually think
id cry over you?
i told you i loved you,
you believed it was true,
well guess what baby?
you got played too.
hari ni aku terasa macam nak tengok gambar kucing, tapi aku cuma jumpa gambar kucing dimakan ja....
apala nasib....

Sunday, 6 March 2011

~tujuan hidup....

 Apa tujuan kita dalam hidup ni??
Apa cita-cita kita dalam hidup ni??
Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak, apa tujuan aku dalam hidup,.
Memula aku masuk UiTm ni dulu, target nak study betul-betul, nak lulus dengan cemerlang.
Mesti la kan, takkan la niat masuk U ni nak ngorat lecturer lak kan.....

Semakin lama aku tinggal kat U ni, aku rasa diri aku makin malas,.
Kelas banyak ponteng, assigment banyak kopipes...
Ada test, tapi tak study langsung....
tetiap malam dok depan laptop ngadap bukumuka........
Addoyai.....
Hari-hari asyik nak seronok je,
kacau pakgad la,
buli lecturer la,
ngorat makcik cleaner la....


Macam dah takde tujuan dah aku masuk U ni.......

kadang-kadang aku rasa cam nak balik kampung,
takpon join akademi fantsial ke,,
buat filem ke,
tukar gaya rambut jadi cam cendawan ke....

p/s: nasib baik aku masih ada pendorong nak sambung belajar...

Saturday, 5 March 2011

~Antara lagu dan filem...

Taun ni tak dak akademi fantasia ke ha?
Tak sabar nak tengok orang tak berbakat nak jadi penyanyi ni...
Tak sabar nak abiskan duit mengundi awek-awek yang cantik lagi comel tapi tak berbakat tu,...biar suara tak sedap pon takpa,sebab kalau depa menang pon tenggelam camtu je...
janji menang, dapat tengok muka awek yang lawa tuu masuk paper, berlakon iklan tuala wanita, iklan pencuci muka, iklan pampers budak-budak.

Wau,,,mesti best kankankan(sebut dengan gaya mintak penampaq....)...........

dah lama berlakon iklan, boleh la dr cendawan amik depa ni berlakon filem box office dia yang terbaru pulak,, memang aku pi tengok banyak-banyak kali la,, biar pecah panggung jangan pecah cendawan.....



kompem box ofice 30juta, kalau tak sila la lempang saya, tak pon gunting rambut saya.....

p/s: DVD 2 alam dah available di pasaran, apa lagi, pergi la beli....

Friday, 4 March 2011

~penjahanam harta benda...

Apabila kemudahan yang diberi tak dihargai, 
Apa tujuan nya merak ni menconteng kemudahan ni??
bosan dalam kelas kah?
pen terlebih banyak dakwat kah...
padahal dalam buku nota kosong je pon...
tah la,, aku pon x paham...




 yang ni lagi best, sampah diselit celah-celah meja,..
memang setail lah, 
Apa barang buang dalam tong sampah, 
selit celah meja sudah,
nak lagi setail, cari beg kawan-kawan yang zip terbuka tu,
buang je dalam tu.
kalau kantoi,
memang lepas ni jadi kawan baik r...

Tuesday, 1 March 2011

~geram yang agak tak geram...

"Geram dowh aku ngan ngan algebra ni"........
"Bapak susah sial algebra ..."
"ronsoi toi aku ngan algebra ni..."


nilah antara ayat-ayat yang sering aku dengar sejak kebelakangan ni....

Linear Algebra, inilah subjek yang telah membuatkan ramai orang geram di bumi Uitm kedah sejak dua-tiga hari yang lepas....

Geram pon geram jugak, tapi study tetap kena study................


macam-macam ragam aku tengok cara orang nak lepas geram ni,,

ada yang lompat masuk dalam semak, ada yang hentak kepala kat moto pak gad,, ada yang cocok perut ngan straw,,ada yang mandi dalam jamban,,......

ok lah, test algebra dah pon lepas,, so sekarang kita relaks...,,,

p/s: baru test, belom final exam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan