iklan

Thursday, 7 July 2011

~kenapa Berblogging

Kenapa aku berblogging??
Sebelum aku mula berblogging ni, aku pernah tanya kat kawan-kawan aku yang rajin berblogging, Best tak ber blogging? Apa yang best nya berblogging?


Ada cakap best, ada cakap blogging dapat tolong melegakan stress, blogging lagi best kalau ramai yang baca apa yang kita tulis, best bila dapat duit nuffnang bla bla bla.....................

Aku start berblogging ni dari Februari 2011, sampai la sekarang. Nak kata aktif tu, x la aktif mana pon, takat seminggu dua tiga post...

Ada orang cakap, blogging susah, kenapa susah? Apa yang susah nya?
Part paling susah dalam bidang berblogging ni adalah mendapatkan pembaca. Puas aku berblog walking, tapi blog aku tetap tak ramai pembaca. Mula-mula aku frust jugak, tapi sekarang aku rasa, tak payah la nak paksa orang suka benda yang kita tulis, sebab tujuan kita beblogging ni adalah untuk meluahkan pendapat dan isi hati kita masing-masing.takkan kita nak paksa orang suka apa yang kita tulis kan?

Wednesday, 6 July 2011

~Segmen:Saya Blogger Asal

First time aku join segmen blogger ni, rasa cambes ja,, banyak member-meber blogger aku yang join menatang ni, aku pon rasa cam nak join jgk lah,..

klik banner untuk join

Aku diberanakkan di Pulau Pinang, dibesarkan di Pulau Pinang,,


Untuk maklumat lanjut pasai segmen ni, klik la kat gambar atas tu,...

Tuesday, 5 July 2011

~Aku dah ada fan page

Setelah bersusah payah nya, aku dah berjaya menyiapkan fan page untuk blog aku kat Facebook.....
haha, cuba la view tengok, >Klik sini<.....

kepada sesapa yang tak taw apa tu facebook, sila ketok kepala anda dengan hammer..

~Lucah kah aku?



Rasa-rasa kan, kalau aku buat camtu, follower aku boleh ramai x?
haha...
Blog aku clean ok, kalau rasa nak tengok gambar lucah, pi search kat google, melambak-lambak lagi gambar lucah,

nak upkan follower? tulis la benda yang berkualiti sikit, xyah la nak letak benda-benda camni semata-mata untuk publisiti murahan.buang masa dan tenaga ja weh.
bagi aku traffic tak penting, yang penting kepuasan berblogging. Benda yang aku tulis kat blog aku sekadar luahan hati aku, x kisah la orang nak baca ke tak, yang penting aku puas....

~post yang serius.

Sekarang ni musim mengawan kah? Bukak je Facebook, ramai kawan aku yang menukar status dari single ke in a relationship. Ramai pulak yang membuat status jiwang-jiwang. Ramai pulak yang mengomen pasal perhimpunan bersih(eh, ada kena mengena ke?).

Contohnya, kawan baik aku si Gadis yang tengah asyik dilamun cinta, semoga bahagia kawan, aku sokong hang, hahaha....

Bagi aku, cinta tu sesuatu yang agak manis, kerananya bila kita dilamun cinta, semuanya menjadi seronok, kita terasa bahagia, tapi, hati-hati kerana setiap benda ada kebaikan dan keburukkan nya. Bila perasaan cemburu menguasai hati, segalanya berubah menjadi duri.

Tok aku kata, bunga yang elok, banyak lebah yang hurung, bila ada ribut, bunga akan patah, bila dipetik, bunga akan mati?????
time aku kecik2 dulu, aku x pernah paham apa yang tok aku cakap, tapi sekarang aku dah paham, dan aku dah pernah merasa bunga yang dihurung banyak lebah tu....

Baru-baru ni aku tanya tok aku, macam mana xmau bagi lebah hurung bunga kita?
tok aku cakap, jangan petik bunga tu untuk disimpan, sebab dia akan mati, tapi kita kenalah sentiasa jaga bunga tu, jangan diabaikan.
Aku rasa-rasa, apa yang tok aku cuba nak sampaikan adalah, kalau kita ada seseorang yang kita sayangi, jangan lah kita terlalu mengongkong sehingga "bunga" itu mati, tetapi kita berilah perhatian kita kepada orang yang kita sayang, sentiasalah menyokong keputusannya, sentiasa ada bersamanya ketika dia dalam kesusahan, dan buatlah segalanya dengan ikhlas, bukan dengan niat nak menunjukkan keindahan bunga kita tu dekat kawan-kawan.


Macammana pulak kalau bunga tu dah mati?
Mula-mula kita mesti la patah hati, yela, bunga tu kita jaga dari biji benih kot, tengok-tengok mati macam tu ja, adoi, takmau tanam bunga dah la lepas ni..
Rilek la bro, jangan putus asa, hidup mesti diteruskan,(ayat yang biasa kita dengar)
Bagi aku, aku takkan melupakan bunga yang dah mati tu, sebalik nya, aku gunakan bekas bunga tu jugak untuk tanam bunga yang baru, tapi kali ni aku akan jaga dengan lebih elok lagi.



Kawan aku cakap, min, apa cita pasal pompuan ni, buat jiwang boleh...
haha, aku bukan cita pasal pompuan bro, tapi aku cita pasal cinta.
Cinta macam bunga, bila bunga tu mekar harum, kita terasa bangga, tapi bila bunga mati, hati rasa kecewa..

Walaupun kita cuba dengan susah payah untuk melupakan cinta, cinta itu tetap ada dalam hati, cuma menunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan dirinya semula.........

~post kosong-kosong berisi part 2

Dalam entry yang lepas, aku dah ajar basic-basic HTML, dalam post kali ni aku nak ajar code HTML yang agak advance dari post yang lepas, iaitu marquee ataupon scrolling text/image,
contoh:


Welcome to My blog


Selain daripada tulisan, korang juga boleh letakkan gambar,
contoh:


ok, cara nya mudah,
mula-mula ampa kena guna kan html tag <marquee>...</marquee>
Untuk text, ampa just tulis ja tulisan yang nak discrollkan tu di antara tag tu,
contoh:
<marquee>Welcome to my blog</marquee>

untuk gambar pulak, mula-mula ampa kena upload kan gambar tu untuk mendapatkan URL.
Untuk sapa-sapa yang xtaw apa tu URL, sila google.
Cara yang senang untuk mendapatkan URL gambar adalah facebook. Ampa just right clik pada gambar yang diingini, dan klik copy image URL. lepas tu gunakan tag <img src:"image URL"> untuk memasukkan gambar ampa.
contoh:
<marquee><img src:"http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270879_228740673815884_100000398595372_694207_1656996_n.jpg"></marquee>

senang kan......


sekian untuk kali ni, caw..

Monday, 27 June 2011

~kawan

Kawan baik aku si cekodok basi pernah cakap, kawan lebih penting dari awek, betoi ark?
Cmna kalau kawan tu selalu menyusahkan kita,
Camna kalau kawan tu hilang bila kita dalam kesusahan.
Camna kalau kawan kita tu anggap awek lagi penting dari kawan?
Camna kalau kawan kita berperangai huduh macam sampan kertas???


Bagi aku, hilang awek boleh dicari, hilang kawan tiada berganti.
Kawan-kawan aku suma baek punya oo..
Walaupon macam-macam perangai, depa la yang menceriakan hidup aku, sama ada di kampung ataupon di Kampus............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan