iklan

Tuesday, 5 July 2011

~post yang serius.

Sekarang ni musim mengawan kah? Bukak je Facebook, ramai kawan aku yang menukar status dari single ke in a relationship. Ramai pulak yang membuat status jiwang-jiwang. Ramai pulak yang mengomen pasal perhimpunan bersih(eh, ada kena mengena ke?).

Contohnya, kawan baik aku si Gadis yang tengah asyik dilamun cinta, semoga bahagia kawan, aku sokong hang, hahaha....

Bagi aku, cinta tu sesuatu yang agak manis, kerananya bila kita dilamun cinta, semuanya menjadi seronok, kita terasa bahagia, tapi, hati-hati kerana setiap benda ada kebaikan dan keburukkan nya. Bila perasaan cemburu menguasai hati, segalanya berubah menjadi duri.

Tok aku kata, bunga yang elok, banyak lebah yang hurung, bila ada ribut, bunga akan patah, bila dipetik, bunga akan mati?????
time aku kecik2 dulu, aku x pernah paham apa yang tok aku cakap, tapi sekarang aku dah paham, dan aku dah pernah merasa bunga yang dihurung banyak lebah tu....

Baru-baru ni aku tanya tok aku, macam mana xmau bagi lebah hurung bunga kita?
tok aku cakap, jangan petik bunga tu untuk disimpan, sebab dia akan mati, tapi kita kenalah sentiasa jaga bunga tu, jangan diabaikan.
Aku rasa-rasa, apa yang tok aku cuba nak sampaikan adalah, kalau kita ada seseorang yang kita sayangi, jangan lah kita terlalu mengongkong sehingga "bunga" itu mati, tetapi kita berilah perhatian kita kepada orang yang kita sayang, sentiasalah menyokong keputusannya, sentiasa ada bersamanya ketika dia dalam kesusahan, dan buatlah segalanya dengan ikhlas, bukan dengan niat nak menunjukkan keindahan bunga kita tu dekat kawan-kawan.


Macammana pulak kalau bunga tu dah mati?
Mula-mula kita mesti la patah hati, yela, bunga tu kita jaga dari biji benih kot, tengok-tengok mati macam tu ja, adoi, takmau tanam bunga dah la lepas ni..
Rilek la bro, jangan putus asa, hidup mesti diteruskan,(ayat yang biasa kita dengar)
Bagi aku, aku takkan melupakan bunga yang dah mati tu, sebalik nya, aku gunakan bekas bunga tu jugak untuk tanam bunga yang baru, tapi kali ni aku akan jaga dengan lebih elok lagi.



Kawan aku cakap, min, apa cita pasal pompuan ni, buat jiwang boleh...
haha, aku bukan cita pasal pompuan bro, tapi aku cita pasal cinta.
Cinta macam bunga, bila bunga tu mekar harum, kita terasa bangga, tapi bila bunga mati, hati rasa kecewa..

Walaupun kita cuba dengan susah payah untuk melupakan cinta, cinta itu tetap ada dalam hati, cuma menunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan dirinya semula.........

2 comments:

Shion said...

wei aq bukn dilamun cinta la..
just luahankan perasaan yg xdpt diluahkan dgn kata-kata dgn menaip jer..
spe kwn ko yg ckp aq buat jiwang boleh tu hah?? nazrul?? ayt cm dia je...
nyway, sbg tanda terima kasih aq kat ko sbb promote blog aq, aq add ko kt komuniti sahabat blogger.. okay?? thx min..

~min~ said...

haha,,welcome.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan