iklan

Thursday, 28 April 2011

~kecelaruan emosi...

Hari ni adalah hari terakhir pengajian aku kat UiTM Kedah ni bagi semester kedua,, dengan berakhirnya paper Linear Algebra tdi, menandakan telah bermulalah cuti semester bagi budak-budak kos aku,..

apa kena mengena cuti sem ngn tajuk entri aku??



aku hepi sngat sebab exam dah abis, cuti dah mula, dapat ngorat pengawas exam, orang belanja makan.
tapi pada masa yang sama aku rasa sedih mengenangkan paper linear algebra aku tadi, rasa-rasa aku hampir setengah soalan aku tnggal, yang lebih-lebihnya aku pon tak tau la apa aku jawab...
walaupun dah stdy tanpa berhenti selama 3 malam berturut-turut, aku tetap tak dapat jawab jugak,.(study?bukan hg berjaga men game ka.)

tapi benda yang lepas jangan dikenang, sekarang kita hepi2 dulu, sem dpn baru kita pikir pasal result,..haha

Tuesday, 26 April 2011

~Kehidupan Dikampus

wah,,sikit giler post aku bulan ni,,rasa tak puas hati pon ada gak ni...
Biasala,,bulan exam, kebizian untuk kestudian menghalang aku untuk post entry baru walupun idea datang mencurah-curah macam menuang air teh ke dalam cawan kosong,..
ok,,dalam entry kali ni aku nk cerita pasal kehidupan di hostel,..
sebagai seorang lelaki "bujang" yang tinggal jauh dari keluarga, memang sifat semulajadi lelaki malas menguruskan diri sendiri,,contoh nya, malas bangun pagi, malas kemas bilik, malas basuh mangkuk megi,
dan yang paling penting sekali malas basuh baju,..oleh sebab itulah pihak hostel dengan baik dan murah hati nya menyediakan pusat membasuh baju ataupun nama saintifiknya dobi,..
bak kata orang,,bila ada didepan mata,tidak dipedulikan,bila dah tiada,baru terhegeh-hegeh....
bila kemudahan ditarik balik,aku tak nak cerita panjang-panjang, sebab picture speak louder than word,,cewahh...




p/s: baju aku ada setimba tak basuh lagi,,ada aweks yang sweet2 diluar sna nk tolong basuhkan???:D

Thursday, 14 April 2011

~kebiadapan yang keterlampauan

hari ni aku sampai ke Penang, tanah kelahiran tercinta aku buat kali pertama sepanjang bulan april dan mac ni,....turun-turun feri, aku menarik udara dengan penuh nikmat, terasa kelegaan seperti kencing lepas bangun tidur...fuh,,tiba-tiba,,terbau durian,,...wah,,,terus naik nafsu aku nk beli duriaan,,tapi apakan daya,,poket aku kosong.........
ni du-ri-an
alamak, lari tajuk....
ok, aku nak cerita pasal kebiadapan....
first aku jejak kaki kat Penang ni, aku perasan yang Penang semakin crowded dengan pendatang asing, tak kira la yang indon, yang bangla, yang sian, yang pakistan, yang indon, yang filipine, yang indon..........................
aku letak banyak indon sebab nak gambarkan kebanyak nya orang indon kat Penang ni...........

kisah ni terjadi dalam bas rapid Penang, pengangkutan awan top Penang.,....
Biasala dalam bas ni mesti crowded, so aku terpaksa la mengorbankan kemachoan aku berdiri untuk memberi orang tua-tua duduk.......

yang bengang nya, ada dua orang mamat indon ni, selamba ja duduk, tanpa menghiraukan apek-apek dan maknya-maknya berdiri sebelah dengan muka dua kupang mintak tempat duduk...mamat ni buat derk ja...........


]aku dengan gentlenya sound lah diorang, kasi la tempat duduk tu....
yang bengan nya, selamba ja dia jawab:"Aku datang dulu ya....".........

aduh,, kalau ikutkan hati,mau ja aku kasi penampo, biar luruh gigi dia tuh,,,tapi,untuk mengkaver kemachoan aku, aku buat tak taw ja...................

nsb baik la ada makcik atau kakak sorang ni baik hati skit, bg la apek tuh duduk....
gud job makcik, oleh kerana makcik baik, saya rela jadi menantu makcik...>.<

Sunday, 10 April 2011

~Gaduh gaduh

Apa itu gaduh??
Kenapa orang gaduh??
Untuk mempertahankan maruah,
menunjukkan perasan tak puas hati,
menghilangkan bosan,
Stress tengok rmbut Dr r,,
Tekanan tengok Miss Malaysia 2011,,
dan macam2 lg alasan untuk orang gaduh..

Sejak dari kecik, aku sering terlibat dalam pergaduhan,,
ingat lg time aku umo 6 taun, aku gaduh ngn jiran aku guna pedang samurai,
habis putus tangan, putus kaki,
dan time tu lah aku dapat parut kat dahi aku ni..
(agak2 r nk tipu, parut tu bkn hg jatuh beskal ka,...)

nama laki ja, mesti pernah gaduh,jgn tipula kalau x pernah gadoh
time kecik-kecik dulu,
tengah main pasir, pastu gado, rebut mainan...
biasala budak-budak, pg gado,ptg elok balik..
bagi budak-budak, persahabatan lebih penting dari ego.,
(dari mana aku dengar ayat tu tah la, x ingat)


Masuk ja sekolah menengah, orang selalu gado pasal makwe..
nilah pergaduhan paling aku Fuhk skali, gado pasal pompuan
pantang awek yg dia minat kena kacau, dah mula nak bergadoh..
padahal makwe tu xnak kat dia pon...
kuang2...........

Dah masuk U, fikiran pon dah agak matang,
tp pergadohan tetap ada,
punca dia sama macam kt sekolah menengah,
gadoh pasal pompuan...

tah la,aku pon x paham,
dh pompuan tu xnak, cari la lain, apa susah...
lg senang, xyah dok pikir pasal pompuan nih, pikir stdy dlu,
stdy x abeh nak bercinta konon.......
mak aku cakap, cinta macam korek taik idung, korek punya korek, last2 tak taw apa nak buat ngn taik idung tuh..so bila dah tau apa nak buat ngn taik idung tu, baru korek idung...
x paham? aku pon x paham....
(oii, padia nih cita pasal cinta lak...)

adesh, lari tajuk,,haha....
gado ni, bagi aku, memang tak best,
bukan boleh selesai masalah pon gado  ni, dapat sakit ada la,..
kalau la gado rasa geli-geli, hari2 aku gado..hahaha.....
baik aku makan mak aku punya gado-gado lg sedap, perut pon kenyang...
ni nama dia gado-gado

Friday, 8 April 2011

~rokok oh rokok....

kepada yang xtau apa tu rokok, sila lah tanya kat adik aku yang baru darjah satu tuh...

kepada yang tau, silalah bagitau kepada mereka yang xtau tuh.....

kepada smokers sekalian,, jom kita lawan sapa mati dulu.....muahahahaha(gelak jahat macam plankton)....

macam yang semua orang tau, merokok membahayakan kesihatan...........
tapi awat ramai lagi makhluk yang bernama manusia ni yang suka sangat hisap rokok tah......
memang bodoh sungguh la insan2 yang menghisap rokok tuh(termasuklah aku)....


menurut kajian(yang dibuat oleh aku)...kebanyakan orang hisap rokok adalah atas dasar ingin tahu dan pengaruh rakan sebaya...........(macam karangan la pulak)...

ish.....rokok tu dah la bahaya, tak sedap pulak,dah la mahal, tapi awat ramai orang suka hisap,aku pon xtau lah........

rokok terakhir aku adalah hari pertama aku dapat tau bini aku mengandung......d=_=b......................


p/s: bak mai sebatang..............

Thursday, 7 April 2011

~FB punya angkara...

Facebook adalah satu laman sosial dimana kita dapat mencri kawan lama, mencari kenalan baru, tempat jadi jutawan, tempat nak masuk group "kami benci Fasha Sanda","Kami sayang lisa surihani" dan lain-lain lagi...

kadang-kadang Facebook juga adalah tempat untuk mencari jodoh, xkira lah sama ada yang berlainan atau pon sama jantina...

tetapi,, facebook juga adalah tempat untuk memalukan diri sendiri dengan mengepost kan status yang menunjukkan kita amat desperate untuk mencari teman hidup,, contoh:"Mesti best kalau ada kekasih kan???",ataupon,"saya memerlukan kasih sayang dari seseorang,,",atau,"Sapa single sila angkat tangan macam saya" dan lain-lain ayat yang aku agak tak lalu nk tulis.............

Kadang-kadang ada jugak yang mengepost status x puas hati seperti:"kuang ajar punya betina, depan aku baik je, belakang aku mengata macam b**i,,berani mai ah kata kat aku depan-depan,tengok aku nk bagi habuan kat hg cmna..."  woi, hg pon x berani nak cakap depan-depan, takat post dalam facebook adik aku pon boleh la, bengong................

bagi aku la, benda-benda cmni takyah la nak bgtau satu dunia,....apa motif tulis status cmtu kat facebook??
kurang kasih sayang kot???

No Komen...............

Tuesday, 5 April 2011

~Math dan kebencian...

2a+3b=8ab,,,wat the fak????

ingt lg time upsr dulu,,benda yang paling susah dengan mathematik ni adalah pecahan,,....
oleh kerana kepandaian aku,,aku berjaya mendapat A dalam mathematik time aku UPSR dulu.....


Setelah melangkah ke alam sekolah kemenengahan,,aku mendapati bahawa nombor dan huruf dapat dicampur,ditolak,didarab, dan dibahagi??????

What???? Mulai dari saat itulah kebencian aku kat subjek feveret aku ni kian bertambah,...macam berkapel jugak,,mula-mula sayang,,lama-lama dah jemu,,perasaan sayang bertukar menjadi benci..itulah apa yang berlaku dalam hubungan aku dengan cik math ni...

walaupun aku luangkan masa hari-hari study math ni sampai kebas kaki-kaki aku,,xdapat jugak nak menanam kan perasaan sayang kat math ni,,huh,,....malangnya nasib...

aku: cikgu, selama 6 taun saya belajar kat sekolah rendah dulu, x pernah tau pulak yang nombor ngn huruf     boleh ditambah tolak

cikgu: ha, bukan takat tambah tolak ja,,darab bahagi pon boleh,,

aku: apa guna segala equation,matrix,limit,differentiation ni dalam kehidupan harian kita,

cikgu: ntah,,belajar suda....

aku:!@#$%

Monday, 4 April 2011

~blogger sejati????

Apakah ciri-ciri seorang blogger yang sejati??
adakah
-template setail,
-widget banyak,
-follower banyak,,
-muka hensem????
-pakai laptop Vaio???
-peminat Dr R??
...........................................
Adakah ciri-ciri diatas ni membuat kan seseorang blogger menjadi blogger sejati??




No Komen........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan